Home Sukan CERIAKAN PENYOKONG SASARAN UTAMA CHELSEA – MARESCA

CERIAKAN PENYOKONG SASARAN UTAMA CHELSEA – MARESCA

SOUTHAMPTON, England: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca seronok dengan nyanyian penyokong pelawat yang melaung-laungkan namanya ketika pasukannya menang besar 5-1 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Maresca mendahului 4-1 pada hujung perlawanan, apabila seksyen pelawat menyanyikan namanya ketika mereka meraikan kemenangan menakjubkan Chelsea yang melonjak ke tangga kedua liga dan pengurus itu memuji laungan itu sekali gus menjadikannya lebih kuat.

“Ia satu perasaan yang amat bagus. Anda boleh lihat mereka gembira, itulah sasaran kami, kami bekerja setiap hari untuk membuatkan mereka gembira,” kata Maresca kepada wartawan selepas perlawanan.

“Malam ini ia satu perasaan yang terlalu bagus. Mereka boleh lihat Chelsea kembali dan inilah perkara yang paling penting.”

Maresca mengambil alih Chelsea yang berakhir di tangga keenam musim lalu di bawah kendalian Mauricio Pochettino dan persembahan memukau mereka menyaksikan mereka sembilan mata di depan berbanding pada peringkat sama dalam kempen terdahulu.

Chelsea turut cemerlang di Eropah, mengungguli carta Liga Konferens dengan empat kemenangan dalam empat perlawanan dan kini mereka tidak kalah dalam lima perlawanan liga.

“Saya fikir ia satu perasaan yang bagus, bukan hanya buat pemilik tetapi juga pemain, kelab dan penyokong. Satu perasaan bagus buat kami semua,” kata Maresca.

“Keputusan ini, sudah pasti, membantu kami untuk menenggelamkan kebisingan di sekitar kelab.”

Maresca mampu membuat tujuh pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang mengalahkan Aston Villa 3-0 hujung minggu lalu dengan penjaga gol Filip Jorgensen melakukan penampilan sulung dalam EPL, sekalipun Maresca menyatakan Robert Sanchez akan kembali bagi perlawanan berikutnya.

Beliau tidak begitu berpuas hati dengan persembahan keseluruhan, terutama selepas mereka membenarkan Southampton menyamakan kedudukan tidak lama selepas mendahului.

“Saya amat gembira dengan lima gol yang kami jaringkan. Saya tidak gembira dengan 20 minit pertama bila mana kami bergelut,” katanya. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here