Home Buletin Semasa 91, 127 MANGSA BANJIR DI KELANTAN

91, 127 MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kira-kira 91, 127 mangsa banjir dari 10 daerah dilaporkan di negeri ini, setakat jam 3.00 petang ini.

Menurut portal https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/, jumlah tersebut adalah daripada 25,120 keluarga.

Sebanyak 288 Pusat Pemindahan Sementera (PPS) telah dibuka setakat ini.

Setakat ini jumlah mangsa di Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 27,845 orang daripada 9,360 keluarga.

Jumlah PPS yang dibuka di daerahi itu adalah sebanyak 65 PPS.

Diikuti di Tumpat, jumlah mangsa banjir seramai 15,637 orang di 33 PPS.

Manakala, 13,237 mangsa di Kota Bharu ditempatkan di 43 PPS; 8,943 mangsa di Pasir Puteh; Bachok seramai 6,634; Kuala Krai seramai; 6,581 Machang seramai 5,900; Tanah Merah seramai 5,284, Jeli seramai 1,005 dan Gua Musang seramai 27 orang.

Manakala menurut portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/ tujuh sungai menunjukkan paras air pada tahap bahaya.

Tujuh sungai itu merangkumi Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok; Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu; Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas; Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah; Sungai Kelantan di Kusian Baru, Tanah Merah; Sungai Semerak di Pasir Puteh dan Sungai Golok di Kuala Jambu Pasir Mas.

Menurut portal berkenaan tujuh sungai itu menunjukkan trend air menurun.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here