Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
MACHANG: Sebuah rumah teres di Desa Mas, di sini rosak akibat kejadian tanah runtuh, pada pagi ini.
Menurut Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Shahuki Afiq,dalam kenyataan,pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS pada jam 10.36 pagi. Seramai 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang diarahkan ke tempat kejadian.
“Komander Operasi lapor sampai di tempat kejadian dan didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh berhampiran bahagian rumah kediaman teres,”katanya dalam kenyataan pagi ini.
Bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan mangsa.
Menurutnya operasi terkawal pada jam 11:22 pagi dan tamat pada jam 11:25 pagi.
IMedikel TV






