Home Segmen Kesihatan HILANGKAN KAHAK DENGAN CARA TRADISIONAL

HILANGKAN KAHAK DENGAN CARA TRADISIONAL

369
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Kahak bukan suatu masalah yang boleh diremehkan, sekiranya terlalu banyak ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.

Setiap individu yang mengalaminya sudah tentu berasa tidak selesa kerana lendir yang dihasilkan akan menyebabkan tekak rasa gatal, batuk atau perasaan ingin muntah.

Kahak boleh memerangkap habuk, kuman, atau bahan asing untuk masuk ke dalam saluran pernafasan.

Kadang-kadang ada juga individu yang mengalami kahak berdarah atau berwarna gelap yang mana cenderung kepada penyakit serius seperti kanser paru-paru.

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan kahak secara semulajadi, antaranya:

1.Wap air panas: orang ramai boleh mencuba kaedah menyedut air panas dengan menutup kepala dengan tuala untuk melembabkan saluran pernafasan dan mencairkan kahak.

2.Minum air suam: tambahkan madu atau lemon dan minum air suam dengan kuantiti yang banyak dan kerap untuk membantu mengeluarkan kahak.

3.Makanan berkhasiat: amalkan makanan yang boleh membantu mengurangkan penghasilan kahak seperti sup ayam, bawang putih, buah sitrus dan kunyit.

4.Elakkan makanan penyebab kahak: elakkan makana makanan yang berminyak, keju dan susu keranan boleh menambahkan kahak.

Sekiranya kahak masih tidak hilang dan makin berterusan, pesakit perlu berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan kahak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dan boleh segera dicegah.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here