Home Buletin Semasa BOT DI PENGKALAN KOK MAJID MASIH OPERASI UNTUK PENDUDUK SAHAJA

BOT DI PENGKALAN KOK MAJID MASIH OPERASI UNTUK PENDUDUK SAHAJA

159
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TUMPAT: Perkhidmatan keluar masuk bot di Pengkalan Kok Majid masih beroperasi walaupun hujan lebat, namun kebanyakkannya hanya untuk penduduk di sekitar pulau sahaja dan tidak menerima pengunjung luar.

Seorang pengusaha bot yang ditemui, Zakaria Rafee, 45 berkata keselamatan pengunjung serta penduduk yang menaiki bot sangat penting memandangkan ia boleh mengundang bahaya berikutan aliran air yang deras.

“Kalau bukan musim tengkujuh air tidak deras jadi bot boleh bergerak seperti biasa namun  kalau air deras dan banyak kayu yang bersepah kita tidak boleh beroperasi kecuali kalau orang kampung kita boleh bawa sebab risikonya bahaya.

“Bot kena beroperasi juga kerana orang kampung hendak membeli sayur dan lauk untuk kegunaan musim banjir,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Kok Majid, di sini, hari ini.

Zakaria yang sudah dua tahun membawa bot kini dihimpit rasa resah dan risau kerana punca pendapatannya semakin berkurangan memandangkan aktiviti itu sahaja yang menjadi sumber rezekinya.

“Pendapatan musim banjir ini kurang sikit sebab tidak boleh buat kerja, kalau ada orang kampung yang naik bot bukannya ramai yang keluar mungkin cuma seorang dua sahaja, ditambah pula tambang bukannya mahal hanya RM2 sahaja,” katanya.

Jelasnya, perkhidmatan bot tersebut cuma digunakan oleh mereka yang memang memerlukan sahaja.

Sementara itu, menurut seorang lagi pengusaha bot, Mohd Rofe Ismail, 56 dari Tumpat, musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur ketika kini memberi kesan besar kepada para pengusaha bot, yang rata-ratanya mengakui terpaksa memendekkan waktu operasi akibat kekurangan penumpang.

“Penumpang tu ada tapi tidak ramai sangat musim banjir ini sebab dia pun fikir masalah keselamatan dia juga.


“Saya bawa juga bot tapi balik awal sikit musim banjir ini,” katanya.


Mohd Rofe berkata faktor hujan lebat menyebabkan ramai penduduk memilih untuk tidak keluar rumah, apatah lagi menggunakan perkhidmatan bot sebagai pengangkutan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here