Home Sukan BINTANG PERU BINGUNG PENGADIL SEBELAHI MESSI

BINTANG PERU BINGUNG PENGADIL SEBELAHI MESSI

131
0

BUENOS AIRES: Ketika Argentina berjaya menundukkan Peru 1-0 menerusi gol menakjubkan Lautaro Martinez selepas umpanan Lionel Messi semalam, tuan rumah bergelut untuk mencipta peluang pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan itu.

Menurut pemain Peru, Paolo Guerrero, mereka mendapat bantuan daripada pengadil.

“Ia benar-benar sukar apabila pengadil mempengaruhi perlawanan. Mereka menolak kami dan beliau tidak mengendahkannya. Anda sentuh Messi dengan jari dan beliau akan menyatakan kekasaran setiap kali.

“Adakah anda analisis ini atau anda tidak peduli?” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Estadio Mas Monumental, Buenos Aires itu.

“Beliau mengatakan anda melakukan kekasaran kerana sentuhan kecil. Tetapi tidak jika kami dikasari. Ia benar-benar sukar kerana ia mempengaruhi minda anda. Jika anda melihat kekasaran mereka, semuanya hadir ketika set piece,” katanya.

Ia satu perlawanan yang tegang dengan banyak insiden berlaku antara pemain kedua-dua pasukan.

Carlos Zambrano dilayangkan kad kuning kerana terjahan keras ke atas Alexis Mac Allister, yang mana bagi pemain Argentona layak diberikan kad merah.

Bagaimanapun pengadil Wilmar Roldan dari Colombia tidak menganggap ia keterlaluan. Miguel Araujo dan Gianluca Lapadula turut menerima kad kuning.

Zambrano turut berinteraksi dengan Messi. Menurut TyC Sports, kapten Argentina itu berkata kepadanya “Apa yang anda lakukan, bodoh?” selepas mereka berlaga.

Susulan kemenangan itu, Argentina kekal menghuni tangga teratas kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan hingga Mac depan apabila aksi bersambung semula.

La Albiceleste mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan setakat ini dan mereka berada di kedudukan terbaik untuk layak ke pusingan akhir di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here