Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas perkakas dapur dipercayai barang diseludup bernilai RM12,600 selepas menyerbu sebuah kenderaan di Sekat Pinta Rongga di Rantau Panjang, semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan dalam serbuan Op Taring WAWASAN oleh anggota Batalion 9 PGA pada 6.15 petang.
Hasil pemeriksaan PGA mendapati perkakas dapur cap Buaya di dalam kenderaan jenis Honda Jazz tanpa dokumen yang sah.
Lelaki itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barangan ke pasaran tempatan.
Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.
IMedikel TV






