Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Mesti ramai yang masih mengambil ubat dengan air manis kerana fobia dengan rasa ubat yang kebanyakan agak pahit, terutama ubat dalam bentuk tablet.
Namun, anda perlu tahu, tiga minuman yang patut dielakkan semasa makan ubat.
Yang pertama adalah susu. Ye, walaupun susu dikategorikan sebagai minuman yang sihat, tetapi susu tidak boleh diminum bersama ubat.

Nak tahu kenapa?
Ini kerana mengambil ubat bersama dengan susu sebenarnya akan menghalang penyerapan ubat ke dalam badan
Ini kerana susu dapat menghalang penyerapan ubat kerana kandungan protein susu yang dapat berinteraksi dengan bahan ubat tertentu sehingga ubat tersebut tidak berfungsi dengan baik.
Ia melibatkan beberapa jenis ubat-ubatan antibiotik seperti levofloxacin dan ciprofloxacin.

Secara umumnya susu mengandungi kalsium, magnesium dan protein yang boleh mengganggu penyerapan beberapa jenis ubat.
Bagaimana pula dengan kopi?
Pengambilan kopi di pagi hari boleh menghilangkan rasa mengantuk bagi sesetengah individu sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Namun malangnya, peminat kopi tidak boleh meminum ia bersama ubat.

Minuman itu tidak boleh dimakan sama ada pada masa pengambilan ubat atau beberapa waktu selepas mengambil ubat tersebut.
Kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan sakit kepala, peningkatan jantung yang lebih cepat atau kegelisahan jika bercampur dengan ubat tertentu.
Minuman teh juga perlu dielak semasa mengambil ubat.

Teh akan memberi kesan buruk jika diminum sebagai minuman ketika menelan ubat.
Ini disebabkan oleh kandungan sebatian tanin dalam teh yang dapat menghalang penyerapan ubat dalam tubuh.
Selain itu, ubat yang diambil bersama dengan teh panas juga dapat merosakkan struktur kimia sehingga tidak dapat berfungsi dengan efektif.
Jadi, air yang selamat diminum adalah air putih atau lebih dikenali air kosong kerana bebas daripada bahan kimia.

Amalkan mengambil ubat bersama air putih.
IMedikel TV






