Home Buletin Semasa LEBIH 1,000 HADIR TAYANGAN WAYANG@SKRIN BESAR EJEN ALI

LEBIH 1,000 HADIR TAYANGAN WAYANG@SKRIN BESAR EJEN ALI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Program wayang @ skrin besar Rakan Muda diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat malaysia menonton filem-filem yang berkonsepkan kesukanan, perpaduan dan kemasyarakatan di skrin besar yang disediakan bersama komuniti setempat.

Setiausaha Sulit Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Nor Miswary Ramli, dalam ucapannya berkata antara maslahat program itu kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri.

“Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan pada hari ini di mana tujuannya bukan sekadar untuk menyertai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur, tapi turut berpeluang untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.

“Secara tidak langsung program ini mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan individu melalui aktiviti sampingan program yang turut dijalankan pada masa yang sama dan lebih berbentuk santai.

“Program ini juga dapat merealisasikan matlamat di bawah Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG 3- Good Health and Well Being,”katanya dalam ucapan ketika Pertandingan Mewarna Sempena Wayang@Skrin Besar “Ejen Ali The Movie”, di sini, semalam.

Menurutnya, Program Rakan Ekspresi: Wayang @ Skrin Besar ini merupakan salah satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu Rakan Muda.

Lebih 1,000 hadir untuk menyaksikan tayangan semalam termasuk 325 peserta kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 12 tahun untuk menyertai pertandingan mewarna Ejen Ali.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Mohd Saipuddin Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here