Home Buletin Semasa PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI, PERSEDIAAN UNTUK HADAP MONSUN TIMUR LAUT

PROGRAM PEMERKASAAN KOMUNITI, PERSEDIAAN UNTUK HADAP MONSUN TIMUR LAUT

302
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Selain persediaan banjir dari segi kelengkapan, makanan mahupun dokumen penting, pendedahan dari segi bantuan kecemasan juga adalah perlu untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Ketua Penolong Pengarah Kanan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mohd Faizal Abdul Hamid, berkata program pemerkasaan komuniti setempat itu adalah untuk salah satu persediaan bagi penduduk di kawasan yang kerap dilanda banjir.

Program ini adalah program kesedaran komuniti untuk mereka tahu dan cakna tentang bencana di kawasan dan apakah tindakan-tindakan dan juga peranan yang boleh dimainkan oleh komuniti sendiri  untuk memastikan mereka selamat apabila ujian melanda.

“Apabila  kita mengadakan program sebegini, komuniti lebih bersedia untuk menghadapi bencana yang berlaku dengan lebih baik lagi,”katanya kepada pemberita di sidang media selepas Perasmian Program Latihan  Kesiapsiagaan Bencana Dalam Kalangan Komuniti, di Sekolah Kebangsaan Gual Periok, di sini, semalam.

Menurutnya antara pendedahan yang diberikan kepada 100 penduduk sekitar termasuk taklimat menghadapi banjir, pendedahan tentang tindakan yang perlu diambil oleh pihak komuniti di pusat pemindahan dan asas pertolongan cermas.

“Kami berharap penduduk mendengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa terutamanya daripada Jabatan Meterologi dan apabila pegawai daerah dan jawatankuasa pengurusan bencana daerah memberikan arahan untuk berpindah, maka berpindahlah dengan segera

“Ini adalah bagi memastikan kita dapat melindungi  nyawa pihak yang terlibat,”katanya.

Program pemerkasaan komuniti itu adalah dengan kerjasama startegik bersama pihak Yayasan Telekom Malaysia, Persatuan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) dan Universiti Sains Malaysia.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here