Home Buletin Semasa PGA TUMPAS SELUDUP POKOK HIASAN

PGA TUMPAS SELUDUP POKOK HIASAN

135
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), menumpaskan kegiatan penyeludupan pokok hiasan yang dikesan di SJR Chabang Empat Salam,di sini pada Khamis.

Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari apabila menahan sebuah lori jenis Daihatsu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 540 pohon pokok hiasan jenis orkid yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Pokok orkid tersebut juga disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,”katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya suspek berumur 33 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pokok hiasan tersebut ke pasaran tempatan.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 145,000 dan kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here