Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Gigi yang cantik dan sihat memerlukan penjagaan yang rapi lebih-lebih lagi bagi mengelakkan daripada karang gigi.
Karang gigi atau plak keras adalah satu lapisan bakteria yang melekat pada permukaan gigi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan mulut sekiranya dibiarkan berlarutan.
Tahukah anda ‘scalling’ gigi atau pembuangan karang gigi boleh dibuang dan perlu dilakukan setiap enam bulan sekali.
Namun begitu, kekerapan ini berbeza mengikut individu terutamanya apabila seseorang itu mempunyai masalah gigi seperti radang gusi atau lain-lain.
Bagaimanapun, ada di kalangan orang ramai tidak pernah atau jarang membuat scalling gigi.
Tanpa disedari, itu adalah punca nafas menjadi berbau, masalah penyakit gusi dan kerosakan gigi disebabkan oleh plak atau karang gigi yang terkumpul.
Oleh itu, pemeriksaan gigi secara rutin sangat perlu dan penting untuk dilakukan.
Selepas membuang karang gigi, penting bagi setiap individu untuk membuat penjagaan susulan seperti memberus gigi dua kali sehari, menggunakan ‘floss’, dan berkumur dengan pembersih untuk menjaga kebersihan gigi dan mengurangkan pembentukan plak.
Prosedur scaling gigi mungkin tidak begitu sakit terhadap mereka yang tidak mempunyai masalah gusi, tetapi bagi mereka yang gusi sensitif akan berasa sedikit tidak selesa.
IMedikel TV






