Home Luar Negara 6 TENTERA ISRAEL TERBUNUH DI PERTEMPURAN DI SEMPADAN LUBNAN

6 TENTERA ISRAEL TERBUNUH DI PERTEMPURAN DI SEMPADAN LUBNAN

TEL AVIV: Enam tentera Israel terbunuh dalam satu pertempuran dengan kumpulan Hizbullah di sempadan Lubnan, semalam.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan hari malang mereka itu.

“Tentera gugur semasa pertempuran di selatan Lubnan,” katanya.

Kematian terbaharu itu menjadikan 47 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Hizbullah sejak 30 September lalu, apabila Israel menghantar tentera darat ke Lubnan.

Semalam, serangan Israel melanda Aramoun, kawasan padat di selatan Beirut yang berada di luar kubu kuat tradisional Hizbullah, yang menurut kementerian kesihatan, mengorbankan lapan orang.

Serangan juga kedengaran di pinggir selatan Beirut pada malam tadi dengan rakaman AFP menunjukkan asap dari kawasan di bawah arahan pemindahan Israel.

Serangan itu berlaku selepas media negara Lubnan melaporkan gelombang serbuan Israel ke atas kubu Hizbullah dalam tempoh 24 jam.

Hizbullah yang disokong Iran berkata, mereka menembak peluru berpandu balistik ke ibu pejabat tentera Israel di hab komersial Tel Aviv, yang juga menempatkan kementerian pertahanan.

Hizbullah juga mengaku bertanggungjawab menembak peluru berpandu ke arah pasukan tentera musuh di utara Israel.

Sementara itu, unit jurucakap tentera Israel ketika dihubungi AFP berkata, mereka tidak akan bertindak balas terhadap dakwaan Hizbullah.

Katanya, mereka memintas beberapa lima peluru yang menyeberang dari Lubnan ke wilayah Israel.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Israel yang baharu Israel Katz berkata, tidak akan ada kelonggaran dalam perang menentang Hizbullah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerusi platform X berkongsi imej simbol Briged Golani, unit milik tentera yang terbunuh.

Sejak 23 September lalu, Israel meningkatkan kempen pengebomannya di Lubnan terutama menyasarkan kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut dan timur dan selatan negara itu.

Pada 30 September lalu, Israel menghantar tentera darat.

Ia berlaku selepas hampir setahun berbalas tembakan merentas sempadan, yang dilancarkan Hizbullah bagi menyokong sekutunya, Hamas berikutan serangan mereka pada 7 Oktober tahun lalu ke atas Israel sehingga mencetuskan perang Gaza. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here