Home Buletin Semasa PGA RAMPAS 1,296 ANAK POKOK BERNILAI LEBIH RM100 RIBU

PGA RAMPAS 1,296 ANAK POKOK BERNILAI LEBIH RM100 RIBU

343
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Kira-kira 1,296 anak pokok bernilai RM134,500 dipercayai diseludup dari Thailand dirampas, di Kampung Parit Air, di sini, pada Sabtu.

Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata dua lelaki turut menahan seorang lelaki pada jam 1.30 petang.

“Sepasukan anggota PGA menahan sebuah kenderaan jenis lori Isuzu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 700 anak pokok bidara, 200 pokok jambu muda, 298 pokok longan dan 98 pokok jenis Buchida Batik yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya suspek berumur 30 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan. 

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here