Home Buletin Semasa PERUNTUKKAN LEBIH RM49,000 SANTUNI MASYARAKAT KAMPUNG BHARU

PERUNTUKKAN LEBIH RM49,000 SANTUNI MASYARAKAT KAMPUNG BHARU

186
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan lebih RM49,000 untuk menyantuni seluruh masyarakat di Kampung Bharu setelah diangkat menjadi Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Menterinya Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalm suatu kenyataan, berkata menerusi jumlah tersebut, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada 750 penduduk di kampung berkenaan.

“Ini adalah usaha titik permulaan kepada agensi-agensi di bawah pentadbiran kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat khususnya penduduk Kampung Bharu.

“Antara aktiviti yang kita laksanakan adalah kayuhan prihatin wakaf, program santuni asnaf, program program keceriaan sekolah, program Walkabout, Program gotong-royong memasak bubur lambuk, gunting rambut percuma, pemeriksaan kesihatan, ceramah advokasi kesedaran penipuan pakej umrah dan program tazkirah oleh personaliti TV Al-Hijrah untuk memberi motivasi dan pengajaran kepada masyarakat tentang nilai agama dan moral dalam kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Program Santuni Komuniti MADANI ini adalah anjuran bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), TV Al-Hijrah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).

Menurut Dr Mohd Na’im, program tersebut adalah berpaksikan Teras Pelan Transformasi Al – Falah iaitu Kesejahteraan Insan dengan memfokuskan kemampanan ekonomi dan kebajikan sosial Islam.

“Selain itu, kita juga fokus kepada pengukuhan perpaduan ummah dan keharmonian tamadun dengan memperluaskan jaringan kerjasama umat Islam di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa bagi mengukuhkan perpaduan ummah,” katanya.

Jelas beliau, instrumen kewangan sosial Islam seperti zakat dan wakaf akan terus diketengahkan agar dapat membantu memperkasakan tahap sosioekonomi warga Kampung tersebut.

“Pendekatan turun padang dan bergerak aktif di lapangan mualamah bersama rakyat ini perlu dilaksanakan secara bersama agar memastikan tiada sesiapa yang tertinggal daripada menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here