Home Sukan BRAZIL TINGKAT USAHA DAPATKAN GUARDIOLA

BRAZIL TINGKAT USAHA DAPATKAN GUARDIOLA

117
0

MANCHESTER: Brazil sedang berusaha menjadikan Pep Guardiola sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan mereka.

Pengendali Manchester City berusia 53 tahun itu berkemungkinan akan meninggalkan Etihad sebaik kontraknya tamat akhir musim ini.

City masih boleh melanjutkan kontraknya dengan Guardiola – yang menyertai mereka pada tahun 2016.

Namun Brazil dikatakan cuba memujuk Guardiola untuk membimbing skuad juara lima kali Piala Dunia itu.

Guardiola juga turut berhasrat mengendali skuad kebangsaan selepas pelbagai kejayaan dicatat bersama kelab-kelab gergasi Eropah.

Dia ditawarkan tugas sebagai pengendali England tetapi akhirnya persatuan bola sepak Inggeris melantik Thomas Tuchel.

Dua tahun lalu Guardiola pernah dikaitkan dengan skuad kebangsaan Brazil, kini dikendali Dorival Junior – yang hanya menang empat kali dalam 10 perlawanan di bawah kendaliannya.

Pada musim panas lalu, mereka tewas kepada Uruguay di suku akhir Copa America.

Jika Guardiola membimbing La Selecao, dia diharapkan mampu menamatkan kemarau 24 tahun untuk gelaran Piala Dunia keenam pada tahun 2026.

Namun laporan mengatakan yang Guardiola mungkin akan kekal setahun lagi di Man City sebelum membimbing skuad kebangsaan di Piala Dunia 2030.

Ketika ditanya berkenaan jawatan pengendali Brazil selepas kekalahan kepada Sporting Lisbon dalam saingan LIga Juara-Juara Eropah, Guardiola berseloroh: “Selepas kekalahan 4-1, saya bukan lagi pilihan.”

Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti turut dikaitkan dengan Brazil sebelum dia menandatangani kontrak baharu bersama Los Blancos sehingga tahun 2026. – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here