Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara merampas 13 ekor lembu tanpa dokumen sah yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Komander Bridged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata rampasan itu dilakukan anggota BN 8 PGA pada jam lebih kurang 12.45 tengahari di Kg Bukit Tandak Rantau Panjang, di sini.
“Dalam kejadian itu , dua lelaki berumur 22 dan 42 tahun turut ditahan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup lembu tersebut ke pasaran tempatan.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 13 ekor lembu anggaran lebih 7000 kg bernilai bernilai RM 107,270,”katanya dalam kenyataan semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






