Home Buletin Semasa SUKAN LUMBA KUDA, SUKAN LASAK YANG DIMINATI GENERASI KINI

SUKAN LUMBA KUDA, SUKAN LASAK YANG DIMINATI GENERASI KINI

369
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sukan berkuda adalah salah satu sukan lasak yang kini diminati ramai termasuk wanita.

Dengan itu Persatuan Ekuestrian Negeri Kelantan menganjurkan sukan lasak itu di Trek Lacor, Kampung Binjai Baru, Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini, semalam.

Penganjurnya, Mohd Yazid Mohd Nor, berkata sebanyak 110 penyertaan dalam Kejohanan Sukan Lumba Kuda Peringkat Negeri Kelantan 2024 kali ini.

“Sambutan Alhamdulillah sangat menggalakkan, penyertaan sebanyak 110 ekor kuda yang mendaftar untuk menyertai sukan berkuda hari ini.

“Ada lapan kategori iaitu padi A, B C, KKC, KKB, KKC dan BIMO dan hari ini kita ada dua kategori istimewa ladies race dan jockey wanita dan veteran umur 40 ke atas,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kejohanan Sukan Lumba kuda Peringkat Negeri Kelantan 2024, di sini.

Menurut Mohd Yazid, penyertaan itu juga mendapat sambutan dari luar negeri Kelantan termasuk Terengganu kebanyakan dari daerah Besut.

“Saya berharap sukan berkuda ini dapat berkembang lagi dan dapat dilihat generasi muda.

“Sukan berkuda ini adalah sukan yang sihat dan salah satunya adalah sukan sunnah nabi. Saya harap sukan berkuda di Kelantan ini dapat diberi perhatian terutamanya daripada kerajaan Negeri,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here