Home Buletin Semasa 216 BOTOL UBAT BATUK DIRAMPAS

216 BOTOL UBAT BATUK DIRAMPAS

112
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan ubat batuk yang dikesan di pengkalan haram Kedap Rantau Panjang, di sini, pada Rabu.

Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, sepasukan anggota BN 7 PGA menahan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 216 botol ubat batuk yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam kereta tersebut tanpa dokumen yang sah.

“Anggaran nilai rampasan bernilai RM2160. Suspek  berumur 19 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup ubat batuk tersebut ke pasaran tempatan,”katanya menerusi kenyataan media.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Bahagian Narkotik IPD Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here