Home Buletin Semasa WAKTU ‘CHECK IN’ LEWAT TIDAK MASUK AKAL

WAKTU ‘CHECK IN’ LEWAT TIDAK MASUK AKAL

168
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ramai yang merungut selepas ada segelintir pengusaha hotel di negara ini melewatkan waktu kemasukan di hotel mereka bermula jam 4 petang.

Sebelum ini, waktu kemasukan atau ‘check in’ bermula jam 3.00 petang, dan timbul rasa tidak kepuasan hati bagi mereka yang gemar bercuti serta menempah hotel untuk bermalam.

Seorang pekerja swasta, Nur Sha Azelda, 40, dari Taman Uda , berkata dia juga kurang berpuas hati dengan waktu check in yang ditularkan baru-baru ini.

“Kalau boleh biar berbaloi dengan harga sebab caj semalaman yang dikenakan oleh pihak hotel juga agak mahal sekarang. Jangan jadikan alasan untuk mengemas bilik sehingga waktu untuk check in dilewatkan.

“Saya  dan keluarga suka bercuti dan sudah menginap banyak hotel di Malaysia, maknanya biar kos perkhidmatan dan bayaran yang kami keluarkan itu berbaloi,”katanya.

Nadiah Khairi dari Shah Alam juga sealiran pendapat iaitu biar waktu ‘check in’ berbaloi dengan harga yang dibayar.

“Kalau nak ikutkan memang tidak berbaloi. Sebelum ni check in jam 2 petang, check out jam 12 tengahari. 

“Tetapi disebabkan ada sesetengah pengusaha hotel berasa tidak sempat untuk mengemas bilik, dilanjutkan ke jam 3 petang. Tetapi agak melampau kalau waktu check in nak diubah kepada jam 4 petang pula.

“Bagi saya biarlah pelanggan dapat check in sekurang-kurang 22 jam. Kalau nakikutkan tidak berbaloi memang lah, harga dibayar semalaman tetapi hanya menginap 22 jam sahaja,”katanya.

Bagaimanapun, dalam suatu kenyataan media baru-baru ini, Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh, berkata pelaksanaan dasar itu akan membawa kepada kos operasi lebih tinggi dan berkemungkinan menyebabkan kenaikan harga bilik at jika kerajaan menetapkan dasar menginap sekurang-kurangnya 23 jam sehari.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here