Home Buletin Semasa DBP PERLUAS PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MENERUSI VIDEO ANIMASI DI PLATFORM DIGITAL

DBP PERLUAS PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MENERUSI VIDEO ANIMASI DI PLATFORM DIGITAL

278
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) menyebar luas penggunaan bahasa melayu menerusi video animasi di platform digital seperti di Youtube dan program TikTok termasuk saluran televisyen dan radio.

Pengarahnya, Ariza Ismail berkata pada masa ini, pihaknya sedang menyediakan satu aplikasi Pelantar Digital DBP yang boleh dicapai iaitu JendelaDBP untuk kemudahan televisyen dan radio DBP bagi semua golongan.

“Inisiatif ini sebagai langkah untuk memantapkan bahasa bagi mengimbangi penggunaan bahasa asing daripada mempengaruhi bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak di negara kita.

“Pelantar digital ini diwujudkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Wacana Bulan Bahasa Kebangsaan `Sayangi Bahasa, Sayangi Negara’ dan Pengucapan Puisi Darul Naim 2024, di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan, Bandar Baru Tunjong di sini, hari ini.

Ariza berkata pihaknya turut menerbitkan animasi ringkas untuk menarik minat kanak-kanak dengan menggunakan maskot seperti Rara dan Riri.

“Rara dan Riri ini ditonjolkan dalam televisyen DBP sebagai tarikan bagi mendekati kanak-kanak untuk menyampaikan cerita dalam pelbagai topik,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau kegiatan anak-anak di rumah termasuk penggunaan peranti di hujung jari.

Hadir sama, Felo Kanan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Zulkifle Ab Rahman merasmikan program tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here