Home Luar Negara PIHAK BERKUASA TURKIYE DEDAH IDENTITI MANGSA SERANGAN PENGGANAS

PIHAK BERKUASA TURKIYE DEDAH IDENTITI MANGSA SERANGAN PENGGANAS

326
0

ANKARA: Pihak berkuasa Turkiye mendedahkan identiti mangsa serangan pengganas pada Rabu di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries (TAI).

Menurut Agensi Anadolu, Cengiz Coskun, seorang pegawai kawalan kualiti di syarikat itu, jurutera mekanikal Zahide Guclu, pekerja TAI Hasan Huseyin Canbaz, pengawal keselamatan Atakan Sahin Erdogan dan pemandu teksi Murat Arslan adalah antara yang terkorban dalam serangan terbabit.

Sementara itu, seramai 22 orang lagi cedera dan dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan.

Guclu sedang dalam perjalanan ke pintu masuk kompleks untuk menerima bunga yang dihantar oleh suaminya ketika serangan berlaku.

Pengganas bertindak membunuh Arslan dan menyembunyikan mayatnya di dalam but teksi selepas menaiki kenderaan itu di sebuah stesen teksi.

Letupan dan bunyi tembakan kedengaran pada Rabu di kemudahan TAI di daerah Kahramankazan, Ankara.

Dua pengganas yang menyerang kemudahan itu berjaya “ditewaskan,” manakala lima orang terbunuh dan 22 lagi cedera, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengecam serangan itu.

“Saya mengutuk serangan keji ini ke atas kemudahan Turkish Aerospace Industries,” katanya.

Pasukan keselamatan, bomba dan paramedik dihantar ke kawasan berkenaan, manakala kakitangan TAI diarahkan untuk berlindung atas faktor keselamatan.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya Ankara turut melancarkan siasatan. – Bernama-Anadolu, HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here