Home Hiburan NEELOFA AKUI MASIH BELAJAR, TIDAK LAYAK KONGSI TIP RUMAH TANGGA

NEELOFA AKUI MASIH BELAJAR, TIDAK LAYAK KONGSI TIP RUMAH TANGGA

335
0

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan popular, Neelofa mengakui dirinya tidak layak berkongsi tip rumah tangga kerana menganggap usia perkahwinan yang dibina bersama suami, Hariz Ismail masih baru setahun jagung.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan agama.

Katanya, dia banyak menimba ilmu menguruskan rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.

“Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit itu nampak manis dan bahagia.

“Setiap rumah tangga pasti ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing.

“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.

“Apa yang boleh, selagi seseorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan,” kata Neelofa ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju jenama Kit & Co by Mimpi Kita di TRX, hari ini.

Menurut bekas pengacara program Meletop itu, dia menasihatkan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga untuk mendalami ilmu perkahwinan terlebih dahulu sebagai persediaan awal.

“Saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan.

“Bagi pasangan muda yang nak berkahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan kerana ia sangat membantu,” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas, 1. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here