Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pakaian bundle bernilai RM350,000, di Sekat Pintas Pos Nibong, di sini, pada Jumaat.
Menurut ciapan Facebooknya, tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 11.30 pagi apabila menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.

Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 7000 kilogram bungkusan pakaian bundle yang dipercayai diseludup dari Thailand ditemui di dalam lori tersebut tanpa dokumen yang sah.
Seorang lelaki berumur 33 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup pakaian bundle tersebut ke pasaran tempatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
IMedikel TV






