Home Buletin Semasa BELANJAWAN 2025: BONUS RM500 UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH

BELANJAWAN 2025: BONUS RM500 UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH

346
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: “Alhamdulillah, bersyukur walau bonus kali ini tidak sama berbanding tahun lepas, tetapi sebagai penjawat awam, tetap dapat walau RM500,” kata seorang penjawat awam, Noreha Malek, 45.

Menurut Noreha, dia berbangga kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memperuntukkan bonus kepada penjawar awam.

“Walaupun kurang sedikit berbanding tahun lepas, tapi penjawat awam ada kenaikan sebanyak 15 peratus, yang mana 8 peratus dibayar Disember ini manakala, 7 peratus dibayar Januari 2026.

“Manakala untuk RM500 ini akan dibayar pada Februari 2025, Alhamdulillah, banyak dah tu,”katanya ketika ditemui pemberita.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’, di Parlimen, pada Jumaat.

Ia belanjawan ketiga oleh kerajaan Madani di bawah pimpinan dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Anwar dalam pembentangan tersebut bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Menurutnya, bantuan khas itu turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here