Home Hiburan STADIUM MERDEKA MERIAH KEMBALI DENGAN FESTIVAL MUZIK FUTURELAND

STADIUM MERDEKA MERIAH KEMBALI DENGAN FESTIVAL MUZIK FUTURELAND

166
0

KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur pernah menjadi saksi penting dalam sejarah tanah air. Malah, lokasi ikonik ini menjadi tempat berlangsungnya konsert ramai bintang antarabangsa.

Selepas menjalani proses penambahbaikan dan peningkatan kemudahan dengan mengekalkan daya tarikan sejarah, Stadium Merdeka kembali membuka pintu kepada orang ramai, mulai 17 Ogos lalu.

Dengan kekayaan warisan dan infrastruktur yang dikukuhkan semula, Stadium Merdeka menjanjikan lokasi yang baik untuk persembahan.

Lantas, Warner Music Malaysia memilih menganjurkan Festival Muzik Futureland pada 23 November depan di lokasi ikonik itu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata projek pemulihan Stadium Merdeka sejak 2016 adalah untuk memberi akses lebih baik kepada rakyat Malaysia.

“Pada 1957, atas tanah yang sama ini, Perdana Menteri pertama kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan Tanah Melayu bebas daripada pemerintahan British.

“Ia adalah detik penuh kebanggaan dan pengharapan bagi seluruh anak bangsa. Berdiri di sini pada hari ini, kita menghormati legasi mereka yang sudah berjuang untuk kemerdekaan dan juga yang menyumbang kepada kemajuan negara kita.

“Saya berterima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi bagi Festival Muzik Futureland.

“Festival ini bakal jadi salah satu peristiwa bersejarah kerana ia adalah acara pertama di sini sejak pemulihan Stadium Merdeka,” katanya pada sidang media mengumumkan Festival Muzik Futureland di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nie Ching berkata, Festival Muzik Futureland adalah bukti kepada tarikan berterusan Stadium Merdeka dan keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

“Dengan mengadakan acara ini, kita dapat mencipta bab baharu dalam perjalanan sejarah Stadium Merdeka.

“Pada Oktober 1996, mendiang Michael Jackson pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka ini menerusi konsert Michael Jackson’s HIStory World Tour.

“Justin Bieber pula pernah mengadakan konsert My World Tour pada April 2011. Bukan itu sahaja ramai artis terkenal antarabangsa yang lain pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka sebelum proses pemulihan stadium ini.

“Stadium Merdeka akan dijadikan lokasi buat seluruh rakyat Malaysia menikmati sukan, gaya hidup dan acara budaya,” katanya.

Festival Muzik Futureland akan menampilkan artis popular seperti Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here