Home Sukan HAZIM CIPTA KEJUTAN TEWASKAN RAFIQ

HAZIM CIPTA KEJUTAN TEWASKAN RAFIQ

175
0

KUALA LUMPUR: Atlet boling profesional, Muhd Hazim Ali Hanafiah mencipta kejutan di Kejohanan Boling Kebangsaan 2024 selepas menewaskan atlet kebangsaan Rafiq Ismail di pentas final, semalam.

Apa yang menarik, kejayaan di Sunway Mega Lanes itu menyaksikan Hazim, 23, dari Kuala Lumpur muncul pemain bukan kebangsaan pertama menjuarai gelaran itu sejak 2017.

Pada aksi di pentas final, Hazim menewaskan Rafiq 267-241 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM9,000.

Rafiq yang mencipta sensasi dengan meraih empat pingat emas pada Kejuaraan Boling Asia di Thailand baru-baru ini membawa pulang RM4,000.

Hazim mengakui kemenangan ke atas Rafiq yang juga pemenang tiga edisi 2015, 2018 dan 2022 adalah sesuatu di luar jangkaannya.

Justeru, dia berharap kejayaan itu dapat membantunya diserap ke pasukan kebangsaan.

Dalam kategori wanita, kemenangan menjadi milik atlet negara, Gillian Lim selepas menewaskan seorang lagi atlet kebangsaan, Nur Syazwani Sahar 164-158.

Kemenangan menyaksikan Gillian turut mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama menjuarai Kejohanan Kebangsaan dan Terbuka Malaysia pada tahun yang sama.

Kali terakhir kejayaan itu dilakukan adalah pada 2011 menerusi Zandra Aziela. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here