Home Buletin Semasa BINA TAMAN BUNGA BERPAKSIKAN AL QURAN DI PESTA FLORA

BINA TAMAN BUNGA BERPAKSIKAN AL QURAN DI PESTA FLORA

110
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pembinaan taman bunga yang dinamakan Imanul Faizin memukau mata ramai orang apabila dibangunkan dengan ciri-ciri berasaskan seni bina Islam menerusi Pesta Floral yang diadakan di Taman Tengku Anis, semalam.

Setiausaha Majlis Daerah Ketereh, Azman Ghazali berkata, pihaknya mengetengahkan nama tersebut sebagai cerminan sebuah masjid yang terletak di daerah Ketereh yang menjadi kunjungan ramai sebaik sahaja ditubuhkan sehingga ke hari ini.

“Di daerah Ketereh, kita tidak ada tempat pelancongan, jadi yang menjadi uniknya adalah perbandaran yang bercirikan Islam dan itu yang kita sedang ketengahkan.

“Penglibatan kita di Pesta Floral, kita menyediakan reka bentuk yang beridentitikan Islam termasuk meletakkan gambar masjid Imanul Faizin bermula daripada pintu masuk sehingga ke belakang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sekitar tapak hiasan Pesta Floral, di sini, semalam.

Azman berkata, walaupun terdapat pelbagai tradisi, pihaknya tetap memastikan setiap elemen hiasan dibina berpaksikan Al-Quran.

“Keindahan taman ini juga bukan sekadar dihias oleh pelbagai budaya, tetapi juga menonjolkan simbolik harmoni dan ketenangan seperti yang digariskan oleh ajaran Islam.

“Selain itu, kita juga mendatangkan percikkan air di dalam kolam sebagai tanda ketenangan dan dihiasi dengan 20 jenis bunga-bungaan termasuk ‘Canna Indica’ serta beberapa tanaman herba bertepatan dengan tema,” katanya.

Menurut Azman, taman itu dibina selama seminggu dengan kakitangan seramai 25 orang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here