Home Segmen Kesihatan KESAN TABIAT HISAP JARI KEPADA KANAK-KANAK

KESAN TABIAT HISAP JARI KEPADA KANAK-KANAK

190
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Tabiat menghisap jari dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa, terutamanya pada peringkat awal usia sebagai cara untuk menenangkan diri.

Namun, jika tabiat ini berterusan hingga ke usia yang lebih tua, ia boleh memberi beberapa kesan negatif.

Antaranya ialah masalah perkembangan gigi, seperti gigi jongang atau masalah gigitan yang tidak sekata.

Tabiat ini juga boleh menyebabkan perubahan pada bentuk lelangit dan struktur mulut, selain meningkatkan risiko jangkitan kuman pada jari dan mulut.

Untuk mengelakkan kesan jangka panjang, tabiat menghisap jari biasanya digalakkan untuk dihentikan menjelang usia 4 hingga 5 tahun.

Berikut ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.

  • Balut ibu jari.
  • Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
  • Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
  • Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
  • Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat permainan
  • Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here