Home Buletin Semasa SEORANG WANITA DITAHAN DISYAKI CUBA SELUDUP 15 LITER MINYAK PETROL

SEORANG WANITA DITAHAN DISYAKI CUBA SELUDUP 15 LITER MINYAK PETROL

178
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menahan seorang wanita dan merampas minyak petrol berjumlah RM 10,030.75, di Sekat Pintas Pos Simpangan, di sini pada Isnin.

Menurut ciapan Facebooknya, tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 8.55 pagi apabila menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton Wira mendapati anggaran lebih 15 liter minyak petrol ditemui di dalam kereta dan tangki yang telah diubah suai.

Suspek berumur dalam lingkungan 46 tahun itu dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara jiran.

Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here