Home Buletin Semasa PESTA FLORA KELANTAN MERIAH

PESTA FLORA KELANTAN MERIAH

162
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Pesta Floral Kelantan mendapat sambutan meriah apabila dibanjiri pengunjung di setiap sudut termasuk di tapak hiasan bunga-bungaan yang dipamerkan oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pesta tersebut berlangsung selama empat hari bermula 8 hingga 12 Oktober.

“Setakat ini alhamdulillah sambutan menggalakkan, petang ini sehingga ke hari sabtu kita menjangka pengunjung akan datang berduyun.

“Saya rasa kawasan ini akan dipenuhi dengan pengunjung daripada seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Pesta Floral Negeri Kelantan 2024, di Taman Perbandaran Tengku Anis, di sini, hari ini.

Katanya, pesta floral adalah sempena perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke 55 tahun.

Jelasnya, PBT yang terlibat masing-masing mempamerkan keunikan hiasan berkaitan destinasi atau ikon di kawasan tersendiri.

“Sekarang ini kita berada di pameran bunga di lokasi Dabong dan kita tengok ikonnya adalah kereta api, Gua Ikan dan juga gerbang masuk terowong 7 hari 7 malam, secara tidak langsung ianya boleh menjadi satu tarikan pelancongan,” katanya.

Justeru, Hilmi berharap masyarakat di negeri ini dapat menyayangi keindahan alam sekitar dan sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.

Hadir sama Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra bagi merasmikan pesta tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here