Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Pengambilan garam dalam masakan memberi rasa yang lebih sempurna dalam rasa makanan tersebut.
Malah ianya sesuatu yang sukar untuk dipisahkan kerana ia adalah bahan asas dalam suatu masakan.
Bagaimanapun, orang ramai perlu diingatkan pengambilannya pada kadar berlebihan boleh mengakibatkan tubuh tidak dapat menerimanya.
Oleh sebab itu, setiap individu hanya disarankan mengambil garam sebanyak satu sudu teh sehari atau bersamaan dengan 5gram garam.
Apa yang terjadi sekiranya mengambil terlalu banyak garam?
1. Penyakit jantung
Garam boleh meningkatkan tekanan darah dan menimbulkan darah tinggi. Situasi ini boleh jadi penyebab penyakit jantung yang paling ketara. Hampir separuh kes penyakit jantung, disebabkan oleh hipertensi atau darah tinggi.
2. Meningkatkan risiko strok
Darah tinggi tak terkawal boleh menyebabkan saluran darah di otak tersumbat atau pecah dan berlaku strok.
3. Menyukarkan fungsi buah pinggang
Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan gangguan buah pinggang dan akibatnya, meningkatkan risiko gangguan buah pinggang. Pada masa yang sama, buah pinggang berfungsi menyingkirkan bahan toksik, mengawal tekanan darah dengan mengimbangi kandungan air di dalam badan dan mengawal produksi sel darah merah.
4. Gangguan saraf
Garam memang penting untuk menjaga fungsi saraf. Namun, sekiranya berlebihan pengambilan garam akan membawa mudarat.
IMedikel TV






