Home Buletin Semasa PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK PERPADUAN KELANTAN

PERTANDINGAN VIDEO TIKTOK PERPADUAN KELANTAN

293
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan melalui Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) melaksanakan pertandingan Video Tiktok Perpaduan Nasional, dengan tema Kelantan Model Perpaduan bermula 31 Ogos hingga 12 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Ngo Dan Perpaduan Masyarakat, Zamakhshari Muhamad dalam suatu kenyataan, berkata bagi menyertai pertandingan video Kelantan Model Perpaduan ini, orang ramai mestilah memuatnaik video berdurasi 3 hingga 5 minit dengan memaparkan elemen-elemen perpaduan dan keharmonian di Negeri Kelantan seperti; elemen Bahasa, Kebudayaan, Makanan, Keharmonian Beragama dan Elemen Kejiranan Rentas Kaum.

“Peserta juga perlu memuatnaik ke akaun Tiktok masing-masing dengan meletakkan hastag #PerpaduanKelantan2024, #AmboOreKlate dan #KelantanModelPerpaduan.

“Antara kriteria yang menjadi penilaian para juri adalah berdasarkan jumlah
perkongsian (share) di Tiktok, kualiti penghasilan video, kreativiti dan keaslian serta
penyampaian mesej perpaduan Kelantan.

“Manakala video yang dihasilkan mestilah asli dan tidak melanggar sebarang hak cipta (copyright),”katanya dalam kenyataan.

Menurutnya pertandingan tersebut menawarkan hadiah menarik bagi tempat pertama iaitu wang tunai RM10,000, tempat kedua RM5,000, tempat ketiga RM3,000, saguhati sebanyak dua pemenang dan tiga kategori khas juri dengan hadiah wang tunai RM500 setiap
pemenang.

“Pertandingan Video TikTok Perpaduan Rakyat Kelantan diharapkan dapat menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum di Kelantan.

“Diharapkan penyertaan daripada semua lapisan masyarakat akan memeriahkan pertandingan ini dan mencapai objektif perpaduan yang diinginkan,”katanya.

Inisiatif Kelantan Model Perpaduan merupakan penjenamaan semangat keharmonian dan perpaduan rakyat Kelantan yang dapat hidup dalam keadaan sejahtera meskipun terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa di Negeri Kelantan.

Maklumat lanjut dan terma berkaitan pertandingan ini boleh di dapati di pautan laman
web https://bit.ly/SyaratTTPerpaduan atau hubungi talian whatsapp 0142484064.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here