Home Buletin Semasa KPM LAKSANA PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK RUMAH AMAL GISBH, KOMITED PASTIKAN TIADA...

KPM LAKSANA PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK RUMAH AMAL GISBH, KOMITED PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR

220
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang mendapat perlindungan pihak berkuasa bermula 1 Oktober lalu.

Menurut kenyataan KPM program pendidikan itu dirangka khusus untuk memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak terlibat bagi mengelakkan keciciran pembelajaran.

Seramai 68 orang guru KPM terlibat secara langsung dalam program tersebut.

Bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program tersebut menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA).

Kit itu memberi penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi.

Modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri serta memupuk keseimbangan kanak-kanak itu daripada aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI) sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran secara positif dan seterusnya mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran baharu.

Selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi, KPM komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here