Home Segmen Kesihatan KANAK-KANAK BERISIKO MENGHIDAP PENYAKIT PNEUMOKOKAL

KANAK-KANAK BERISIKO MENGHIDAP PENYAKIT PNEUMOKOKAL

153
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Kanak-kanak biasanya berisiko untuk dijangkiti virus lebih-lebih lagi apabila terdedah dengan persekitaran di luar.

Ada juga ibu bapa yang sangat risau apabila anak-anak mereka menghidap penyakit Penumokokal.

Penyakit ini boleh menjangkiti semua golongan tetapi lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak dan warga tua. 

Menurut portal myhealth penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.

Antara tanda dan gejala penyakit pneumukokal adalah:

  • Demam
  • Batuk
  • Kesukaran bernafas
  • Sakit kepala
  • Kejang otot dan leher
  • Sawan
  • Sakit telinga
  • Ruam pada kulit
  • Hilang selera makan

Bagaimanapu ibu bapa tidak perlu risau kerana terdapat vaksin yang boleh mencegah penyakit tersebut.

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan.

Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini.

Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.

Pemberian vaksin pneumokokal konjugat (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di fasiliti kesihatan KKM dan telah bermula bermula pada 1 Disember 2020. 

Pemberian vaksin Pneumokokal di dalam Program Imunisasi Kebangsaan adalah seperti berikut:

  • 2 dos primer pada umur 4 dan 6 bulan
  • 1 dos tambahan (booster) pada umur 15 bulan 

Vaksin ini adalah disarankan juga untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here