Home Segmen Kesihatan PENJAGAAN GIGI GUNA FLOS

PENJAGAAN GIGI GUNA FLOS

270
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Biasanya kita hanya menggosok gigi dan berkumur dengan pembersih mulut bagi menghilangkan kotoran, tetapi menggosok gigi sahaja masih belum sempurna jika anda tidak menggunakan flos.

Flos adalah satu tindakan untuk membersihkan rongga mulut dengan menggunakan benang khas. Biasanya sisa makanan akan terlekat di antara celahan gigi.

Menurut portal myhealth, flos Pergigian adalah sejenis benang yang khusus untuk pembersihan gigi.

Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. Flos biasanya digunakan untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.

Kedudukan gigi kita biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut.

Penggunaan flos adalah sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.

Terdapat beberapa jenis flos gigi :

  1. Flos berlilin atau tanpa lilin
  2. Flos berperisa atau tanpa perisa
  3. Pita gigi
  4. Super flos

Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakannya dengan teknik yang betul.

Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:

  1. Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
  2. Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
  3. Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
  4. Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

Anda boleh menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here