Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
Bisul sejenis ketulan bernanah yang digeruni oleh orang ramai.
Kebiasaan ia muncul pada lapisan atas kulit dan akan merasa sakit sekiranya disentuh.
Ada rumor yang mengatakan bisul akan muncul pada punggung sekiranya seseorang itu duduk di atas bantal.
Namun sebenarnya kemunculan bisul berlaku apabila jangkitan mikrob iaitu bakteria Staphylococcus aureus (Staph) pada liang folikel rambut atau bulu yang ada di sekitar kulit.
Individu yang dijangkiti bisul terlalu lama akan terasa sakit apabila disentuh kerana sudah mula berlaku keradangan malah ada yang perlu melakukan pembedahan minor untuk membuangnya.
Walaubagaimanpun, individu sesekali tidak digalakkan untuk menekan atau memicit bisul sehingga ia pecah bagi mengelakkan bakteria di dalamnya merebak ke kawasan kulit lain.
Menurut Pakar Bedah Am Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Azem Fathi Mohammad Azmi, jangkitan bakteria ini boleh menyebabkan kesan lebih besar.
Namun demikian, ada beberapa cara tradisional dan moden yang boleh diamalkan oleh individu untuk menghilangkan bisul.
CARA TRADISONAL MENGHILANGKAN BISUL
1. Bawang putih – Sapuan ekstrak bahan ini bersifat antimikrob pada kulit, dipercayai mampu membantu melawan jangkitan yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria.
2.Daun teh – Sapuan minyak bahan ini pada kulit juga boleh memberi kesan sama dalam melawan jangkitan bisul disebabkan ciri antibakteria dan antiseptik yang dimilikinya.
3.Garam bukit – Dipercayai mampu membantu merawat keadaan kulit ini ekoran kemampuannya mengeluarkan nanah serta mengeringkan bisul sekali gus merawatnya.
4.Serbuk kunyit – Popular sebagai bahan yang amat mesra kulit. Ia mempunyai sifat antiradang yang baik jika disapukan kepada bisul ketika sedang meradang atau membengkak.
CARA MODEN MENGHILANGKAN BISUL
1. Antibiotik – Bisul itu terjadi disebabkan jangkitan bakteria, oleh itu pengambilan antibiotik yang boleh diambil secara oral atau topikal sudah tentu boleh menghapuskan bakteria pada kulit ini.
Krim untuk bisul – Menyapukan krim antiradang seperti kortikosteroid bagi mengelakkan bisul daripada terus meradang atau membengkak sekali gus mengurangkan rasa sakit.
Setelah bisul itu pecah, individu perlu tahu bagaimana rawatan untuk merawat bisul setelah ia pecah.
1. Mencuci kawasan kulit dengan cecair antiseptik dan mengambil ubat antibiotik agar bakteria yang ada di dalam bisul itu terhapus.
2. Digalakkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Segera berjumpa doktor sekiranya bisul muncul kembali untuk tahu cara hilangkan bisul yang tepat.
IMEDIKEL TV






