Home Luar Negara PENYELAM MALAYSIA MAUT SEMASA BERSIHKAN KAPAL DI SINGAPURA

PENYELAM MALAYSIA MAUT SEMASA BERSIHKAN KAPAL DI SINGAPURA

SINGAPURA: Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di Marina South Pier, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, dalam kemalangan yang berlaku jam 2.10 petang, mangsa tersangkut pada satu kipas bot sokongan penyelam.

“Pekerja itu dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua kegiatan menyelam.

“Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ mesti dipatuhi,” kata jurucakap itu.

MOM berkata, peralatan dan alat sedemikian memudahkan penyelarasan dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan polis berkata berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA, BH Online –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here