Home Buletin Semasa 25 PERATUS MAJIKAN DI KELANTAN GAGAL DAFTAR, CARUM PERKESO PEKERJA

25 PERATUS MAJIKAN DI KELANTAN GAGAL DAFTAR, CARUM PERKESO PEKERJA

129
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Kira-kira 25 peratus majikan di negeri ini gagal mendaftar dan mencarum dalam skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada pekerja mereka.

Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, peratusan tersebut diperolehi hasil daripada kerja pemutihan yang dilakukan oleh PERKESO sebanyak enam kali bagi majikan yang masih culas berbuat demikian.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Nora Yaacob, berkata masih ramai majikan di negeri ini gagal mencarum dalam skim PERKESO kepada pekerja mereka.

“Bagi majikan yang belum mendaftar dan mencarum kepada pekerjanya, mereka masih ada masa untuk mendaftar.

“Tetapi sekiranyaa bulan Julai ini, mereka masih berdegil, pihak PERKESO terpaksa mengambil tindakan penguatkuasaan kepada mereka di mana kemungkinan mereka akan dikompaun atau pendakwaan atas kesalahan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Guru Bahasa Arab yang maut dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, di sini, pada Khamis.

Nora berkata, pihaknya melanjutkan tempoh mendaftar sehingga 30 Jun ini.

PERKESO menyampaikan sumbangan kepada keluarga Guru Bahasa Arab yang maut dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, di sini, pada Khamis.

“Kita mengambil kira iktibar dalam kejadian kemalangan maut ini di mana Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencarum kepada pekerjanya.

“Dengan itu kebajikan keluarga selepas ketiadaan pencarum sedikit sebanyak terjamin,”katanya.

Menurut Nora, pihak PERKESO sentiasa ingin memastikan semua majikan mendaftar dan mencarum kepada majikan itu sendiri atau pekerja mereka di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here