Home Sukan DI MARIA SUMBAT GOL KEMENANGAN ARGENTINA

DI MARIA SUMBAT GOL KEMENANGAN ARGENTINA

CHICAGO, Amerika Syarikat: Angel Di Maria meledak gol tunggal ketika Argentina memanaskan badan sebelum mempertahankan kejuaraan Copa America dengan kemenangan 1-0 ke atas Ecuador pada aksi persahabatan di Chicago pagi tadi.

Di Maria, yang dinamakan sebagai kapten dengan Lionel Messi di bangku simpanan, meraih gol ke-31 di peringkat antarabangsa pada minit ke-40 aksi menarik di Soldier Field.

Pendekatan permainan berhati-hati menyaksikan pemain tengah Atletico Madrid, Rodrigo De Paul mengumpan kepada pertahanan Cristian Romero di penjuru kanan kotak penalti lawan.

Pemain Tottenham itu bijak menggunakan ruang apabila dia menguis bola ke belakang kepada Di Maria dan pemain sayap veteran itu menolak masuk melepasi penjaga gol Ecuador, Hernan Galindez.

Di Maria memberi laluan kepada Messi pada minit ke-56 apabila dia dikeluarkan tetapi bintang Inter Miami itu gagal membantu Argentina menambah jaringan.

Perlawanan di Chicago pagi tadi satu daripada dua aksi persahabatan dirangka Argentina sebelum memulakan kempen Copa America pada 20 Jun ini menentang Kanada di Atlanta.

Juara dunia itu berdepan Guatemala di Landover, Maryland pagi Sabtu ini ketika mereka melengkapkan persiapan menghadapi Copa America, yang diadakan di Amerika Syarikat tahun ini dengan pasukan dari CONCACAF turut bersaing. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here