Home Sukan HIERRO SERTAI AL-NASSR SEBAGAI PENGARAH SUKAN

HIERRO SERTAI AL-NASSR SEBAGAI PENGARAH SUKAN

149
0

RIYADH: Bekas pemain Real Madrid dan Sepanyol, Fernando Hierro akan menjadi pengarah sukan baharu Al-Nassr, menurut kelab Liga Pro Saudi itu lewat malam tadi.

“Hierro mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak,” menurut Al-Nassr dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikannya.

Hierro, yang bekerja sebagai pengarah sukan di Malaga, kelab Mexico, Guadalajara dan pasukan kebangsaan Sepanyol berkata, beliau teruja menjadi sebahagian daripada projek kelab itu.

Al-Nassr yang mengikat Cristiano Ronaldo tahun lalu, menamatkan musim Liga Saudi Pro di tangga kedua, 14 mata di belakang juara Al-Hilal. – AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here