Home Sukan SAYA PERLU DAPATKAN SEMULA KEYAKINAN DIRI-ZII JIA

SAYA PERLU DAPATKAN SEMULA KEYAKINAN DIRI-ZII JIA

135
0

CHENGDU, China: Pemain profesional negara Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri menjelang peringkat suku akhir Piala Thomas 2024, selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen malam tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pemain ranking ke-10 dunia itu berkata, masih terdapat jurang antaranya dan Axelsen yang menyaksikan jaguh Denmark itu menang 21-16, 24-22 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, menyaksikan Malaysia tewas 2-3.

“Perlawanan hari ini banyak kena perbaiki lagi. Saya juga letak sasaran peribadi terlalu tinggi dan menjangkakan saya bermain lebih bagus hari ini.

Aksi pemain perseorangan lelaki Denmark, Viktor Axelsen ketika menentang Lee Zii Jia pada saingan Kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone malam tadi. – Foto BERNAMA

“Semua tahu dua tiga tahun kebelakangan ini, saya mengalami prestasi yang turun naik dan bergelut mencari rentak diri. Saya tidak berpuas hati dan masih banyak boleh diperbaiki,” katanya kepada pemberita selepas perlwanan itu.

Sementara itu, pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui keliru dengan panggilan kontroversi oleh hakim servis yang mendakwa dia melakukan spin serve ketika mendahului 19-15 pada set kedua.

Bagaimanapun Aaron berkata, tumpuan mereka tidak terjejas dengan kontroversi itu dan mengakui mendahului dengan kedudukan selesa membuatkan mereka lebih tenang untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia dengan kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.

Aksi pasangan lelaki negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik (kanan) ketika menentang pasangan Denmark, Kim Astruo dan Anders Skaarup Rasmussen pada saingan Kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone malam tadi. – Foto BERNAMA

Teknik spin serve atau servis putaran bulu tangkis dilarang sementara di semua kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), iaitu teknik pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket yang menambah putaran dan menyukarkan lawan membalas pukulan.

Nur Izzuddin Rumsani yang bergandingan dengan Goh Sze Fei bagi mata kedua skuad negara berharap mereka dapat meneruskan rentak kemenangan itu pada saingan suku akhir.

Pemain perseorangan ranking ke-233, Justin Hoh yang mempamerkan aksi membanggakan apabila tidak memberikan jalan mudah kepada Rasmus Gemke sebelum tumbang 13-21, 21-19, 13-21 kepada pemain di ranking ke-26 itu mengakui mendapat pengajaran bermakna dalam aksi berintensiti tinggi.

Pemain berusia 20 tahun itu turut mengakui pada set ketiga, dia sukar menandingi kepantasan Gemke sekali gus akur tidak dapat menyumbang mata kemenangan buat pasukan negara.

Malaysia yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir, memulakan kempen Piala Thomas 2024 dengan bergaya selepas meraih kemenangan 5-0 masing-masing menewaskan Hong Kong pada Sabtu dan Algeria pada Isnin. – BERNAMA-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here