Home Buletin Semasa PROGRAM LARIAN LEBARAN TERIMA SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

PROGRAM LARIAN LEBARAN TERIMA SAMBUTAN LUAR JANGKAAN

273
0

Oleh: Nur Athirah Azman@Imedikel Tv

KOTA BHARU: Program Larian Lebaran 2024 yang diadakan hari ini di perkarangan Aeon Mall Kota Bharu menerima sambutan di luar jangkaan apabila peserta yang hadir seramai 1,000 orang.

Exco Belia, Sukan, NGO, Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, program itu melibatkan orang ramai sekitar Kelantan daripada pelbagai peringkat usia.

Exco Belia, Sukan, NGO, Perpaduan Masyarakat negeri Kelantan, Zamakhshari Muhamad
“Semua peserta mempunyai stamina yang baik walaupun kita tengok ada yang berjalan dan sebagainya tapi yang penting ialah latihan ini perlu dibuat secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk melakukan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Jelas beliau, program tersebut adalah anjuran Jabatan Belia Sukan (JBS) negeri Kelantan bersama Aeon Credit Service, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Imedikel Pharma Holdings Berhad (IMPHB), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), dan Aeon Mall Kota Bharu.

“Kalau boleh bukan setakat hari ini, kita mengalu-alukan mana-mana badan korporat untuk bersama-sama dengan kita untuk aktiviti kesihatan bersama dengan rakyat Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Lebaran 2024 di Aeon Mall Kota Bharu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, berkata program tersebut ada kelainannya berbanding sebelumnya yang diadakan pada waktu malam.

“Larian sebelum ini kita buat malam jadi pada kali ini kita buat pagi, peserta yang ikut serta itu banyak daripada pelbagai agensi.

“Imedikel membuka peluang atau tempat untuk kita sama-sama menjayakan program sebegini untuk rakyat di Kelantan,” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here