Home Sukan KEDAH BANGKIT TUNDUKKAN PENANG

KEDAH BANGKIT TUNDUKKAN PENANG

150
0

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA) FC bangkit dari ketinggalan untuk menundukkan Penang FC 3-1 dalam aksi pramusim di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Aksi yang turut menguji video bantuan pengadil (VAR) itu dihadiri hampir 4,000 penyokong Sang Kenari yang mahu melihat tahap persediaan terkini skuad bimbingan Nafuzi Zain sebelum melangkah ke saingan sebenar Liga Super, bulan depan.

KDA terlebih dahulu dikejutkan dengan gol pembukaan Penang FC yang dihasilkan pada minit ke-13 menerusi tandukan pemain import dari Ghana, Richmond Ankrah.

Sang Kenari bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan selepas rembatan Habib Haroon pada minit ke-26 menewaskan penjaga gol lawan Shafiq Afifi.

Pemain pertahanan Penang, Adib Raop menjadi ‘mangsa’ terbaharu VAR selepas dia dilayangkan kad merah kerana menjatuh pemain Sukhrob Nurullaev pada minit ke-34.

KDA berada di depan selepas Milos Gordic menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-51 dan dia mengesahkan kemenangan buat Sang Kenari apabila meledak gol ketiga pada minit ke-65.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here