Home Sukan SCUDETTO SAH MILIK INTER MILAN

SCUDETTO SAH MILIK INTER MILAN

182
0

MILAN: Inter Milan mengesahkan kejuaraan Serie A awal pagi tadi selepas menundukkan AC Milan 2-1 dan mendahului selesa di puncak liga dengan kemenangan keenam berturut-turut pada aksi seteru tetangga.

Gol menerusi Francesco Acerbi dan Marcus Thuram memberikan Inter kelebihan 17 mata ke atas pencabar terdekat mereka Milan sekali gus memastikan kejuaraan ke-20 mereka dengan berbaki lima perlawanan musim ini.

Kali terakhir Inter memenangi Serie A adalah pada 2021, diikuti AC Milan pada 2022 dan Napoli tahun lalu.

Bagi Simone Inzaghi ia kejuaraan sulungnya sebagai pengurus dan pada malam yang hujan dan sejuk di San Siro beliau berbangga di depan penyokong Inter dalam kalangan 75,000 penonton ketika kejayaan mereka disambut dengan bunga api dari bangku penonton selepas wisel penamat.

Milan cuba bangkit pada lewat permainan selepas Fikayo Tomori membalas satu gol dengan berbaki 10 minit tetapi Inter berjaya bertahan untuk memulakan parti kejuaraan ketika penghujung perlawanan itu dicemari dengan tiga kad merah.

“Saya seperti mahu menangis kerana kami bekerja keras, kami berhak untuk meraikan kejayaan ini,” kata kapten Inter, Lautaro Martinez.

“Ia sesuatu yang menggembirakan tetapi kami perlu meneruskannya kerana kami sudah menang banyak trofi dan mahu menambah banyak lagi.”

Inter muncul pasukan kedua memenangi kejuaraan liga Itali 20 kali dan akan mempunyai dua bintang di jersi mereka, selepas Juventus yang jauh mendahului dengan 36 mahkota kejuaraan.

Pasukan Inzaghi melakukannya dengan bergaya, muncul pasukan pertama meraih kejuaraan dengan memenangi pertembungan seteru tetangga Milan dan menyebabkan rakan sejawatnya Pioli berada di ambang pemecatan.

“Beliau bergelut 14 bulan lalu menurut media dan lihat apa yang dicapainya sejak itu. Saya gembira di sini, saya bekerja dengan baik dan saya fikir pasukan masih boleh meningkat,” tegas pemenang Scudetto 2022, Pioli.

– AFP,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here