Home Luar Negara 60 DOKTOR SAMAN GOOGLE MAPS

60 DOKTOR SAMAN GOOGLE MAPS

257
0

TOKYO: Kira-kira 60 doktor di Jepun menuduh Google Maps mengabaikan ulasan klinik mereka dalam tuntutan mahkamah, yang dikatakan kes pertama seumpamanya.

Pasukan perubatan itu menuntut ganti rugi AS$9,000 (kira-kira RM43,000) daripada Google dalam usaha supaya gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu bertanggungjawab kerana tidak bertindak atas ulasan berkenaan.

Mereka menyaman syarikat itu pada Khamis dengan alasan mereka tidak berdaya untuk membalas atau menyangkal ulasan yang merosakkan reputasi, kerana kewajipan mereka terhadap kerahsiaan pesakit.

“Orang yang membuat siaran dalam talian boleh berkata apa-apa tanpa nama, walaupun ia tidak lain hanyalah fitnah atau penderaan lisan. Ia seperti beg tumbuk (punching bag),” kata salah seorang doktor.

Kes di Mahkamah Daerah Tokyo dipercayai adalah tuntutan kelas tindakan pertama di Jepun yang menyasarkan platform berhubung ulasan negatif dalam talian, kata peguam bagi plaintif.

“Walaupun mudah ia disiarkan, ia menjadi amat sukar untuk menurunkan ulasan.

“Ini boleh menyebabkan doktor melakukan tugas mereka di bawah ketakutan yang berterusan untuk menerima ulasan yang mengerikan,” kata peguam Yuichi Nakazawa kepada pemberita.

Objektif kebanyakan institusi perubatan bukanlah untuk memuaskan hati pesakit, tetapi untuk menangani penyakit mereka dari sudut profesional, kata aduan plaintif.

“Klinik yang memberikan pesakit hanya diagnosis biasa dan menetapkan ubat seperti yang diminta adalah tidak sesuai dari segi perubatan, tetapi amat dihargai oleh pesakit,” katanya.

Sifat pekerjaan juga kadangkala menyebabkan doktor terdedah kepada serangan dalam talian oleh pesakit yang menyimpan dendam, kata plaintif. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here