Home Sukan BUAT APA SAJA JANJI MENANG – ARTETA

BUAT APA SAJA JANJI MENANG – ARTETA

LONDON: Mikel Arteta mahu bintang-bintang Arsenal kekal merendah diri dalam persaingan memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan dia sanggup melupakan ideologinya untuk menang dengan apa cara sekalipun.

Arsenal hanya menguasai 27 peratus permainan dan mempunyai dua percubaan tepat ketika seri tanpa jaringan menentang Manchester City, Ahad lalu.

Menjelang aksi di laman sendiri menentang Luton malam ini, Arteta mengulas berkenaan statistik itu: “Ia kerana anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan untuk memberi tentangan. Ketepikan ego dan ideologi, lakukan apa yang perlu untuk menang.

“Mental pasukan sangat kuat dan cara mereka (menentang City) sangat pintar. Apabila anda rasa mampu menang, anda akan kecewa apabila seri. Tetapi kami cukup bijak untuk menerima keputusan dalam keadaan tertentu.”

Arsenal berdepan lapan perlawanan sepanjang bulan ini, dan Arteta terpaksa mengharapkan barisan pemain simpanannya seperti Emile Smith Rowe dan Reiss Nelson.

“Tugas kita ialah untuk sedia beraksi pada bila-bila masa. Lihat seperti Reiss. Detik terbaiknya untuk Arsenal (gol kemenangan minit ke-97 menentang Bournemouth musim lalu), dia baru bermain beberapa minit dan memberi impak besar.

“Ia adalah salah satu hari terbaik dalam hidupnya sebagai pemain Arsenal. Orang tidak akan ingat sama ada dia memulakan permainan atau dari bangku simpanan,” katanya.

– AGENSI,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here