Home Segmen Kesihatan AMALKAN PEMAKANAN SIHAT KEPADA ANAK-ANAK

AMALKAN PEMAKANAN SIHAT KEPADA ANAK-ANAK

136
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Umum mengetahui, ramai dalam kalangan kanak-kanak mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kanak-kanak yang berlebihan berat badan berkemungkinan besar menjadi remaja dan dewasa yang berlebihan juga berat badan dan seterusnya cenderung kepada masalah kesihatan.

Ini termasuk penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Ramai ibu bapa tidak dapat mengenalpasti anak-anak mereka mengalami berat badan berlebihan secara sihat.

Rata-rata ibu bapa gembira apabila anak-anak mereka dipuji “sihat” sedangkan itu adalah salah satu punca mereka dalam masalah.

Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami berat badan berlebihan?

  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi menggambarkan status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan seseorang kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Pakar perubatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada kanak-kanak tersebut berada dalam lingkungan berat badan yang sihat.

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan berlebihan berat badan. Ini termasuk:

  • Faktor genetik memainkan peranan dalam memungkinkan seorang anak lebih cenderung dengan masalah berat berlebihan, tetapi amalan sekeluarga seperti tabiat makan dan aktiviti juga mempengaruhi berat badan.
  • Kurangnya aktiviti fizikal.
  • Corak pemakanan yang tidak sihat atau kombinasi faktor-faktor ini.
  • Masalah kesihatan seperti kelenjar endokrin yang tidak sempurna memungkinkan seorang anak mengalami berat badan berlebihan. Doktor anda boleh melakukan ujian fizikal yang rapi dan ujian darah, sekiranya perlu, untuk mengenal pasti penyebab.

Sekiranya anak anda mempunyai berat badan yang berlebihan, sokongan dan bantuan ibu bapa adalah sangat diperlukan.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam aktiviti fizikal bersama anak-anak mereka.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat kepada anak-anak.

Perlu tekankan tentang Piramid Makanan Malaysia adalah sumber rujukan diet yang amat berguna bagi masyarakat Malaysia berumur 2 tahun ke atas.

Ia juga merupakan panduan tentang kepentingan keseimbangan antara kumpulan-kumpulan makanan di dalam amalan pemakanan harian.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here