Home Luar Negara VIDEO KANAK-KANAK 2 TAHUN PAKAI SENDIRI KAKI PALSU SENTUH HATI WARGANET

VIDEO KANAK-KANAK 2 TAHUN PAKAI SENDIRI KAKI PALSU SENTUH HATI WARGANET

BEIJING: Video kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menyentuh hati warganet di China kerana dapat berdiri buat kali pertama selepas melakukan cubaannya memakai kaki palsu dengan sendiri.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan pengguna dalam talian yang menggunakan nama samaran “Gadis Kaki Besi Xinhe” dari wilayah Jiangsu di tenggara China berkongsi video memaparkan anak kecil itu memasang anggota badannya dan mengikut bimbingan ibunya, bernama Kong.

“Kamu pakai bahagian mana dulu? Wah, sayang, kamu hebat! Kemudian apa yang seterusnya? Kamu sangat berbakat! Xinhe terlalu luar biasa!” kata ibunya.

Pada awalnya, kanak-kanak itu cuba menggunakan kulit luar kaki palsu secara terus tanpa menggunakan stokin yang dipasang untuk perlindungan.

Bagaimanapun, ibunya dengan sabar menunjukkannya cara yang betul.

“Boleh tak kamu fikirkan apa lagi yang kamu lupa nak pakai? Bukankah sepatutnya kamu juga memakai ini?” tanya ibu.

Kanak-kanak itu dilijat teruja berjalan sebaik dapat berdiri dan berpusing di atas katilnya.

Kong menjelaskan kepada BaiLu Video bahawa anak perempuannya dilahirkan tanpa kaki kanan dan beberapa jari akibat Sindrom Amniotik Band kongenital iaitu gangguan jalur tisu dalam rahim ibu yang menyekat janin yang sedang berkembang

“Dia (anak) memakai kaki palsu selama lebih setahun dan sudah melalui empat saiz berbeza. Kami memakaikannya dan menanggalkannya setiap hari.

“Pagi itu, anak perempuan saya berkata dia mahu mencuba memakainya sendiri, dan dia melakukannya.

“Itu adalah kali pertama dia memakai anggota palsu. Walaupun tidak memakainya dengan betul dan akhirnya saya membantunya. Dia menghabiskan kira-kira 16-17 minit cuba untuk memperbaikinya,” katanya.

Perkongsian video itu meraih 61,000 tanda suka dan kira-kira 8,000 komen hingga kisah itu tular di laman sosial. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here