Home Segmen Kesihatan MINUM KAFEIN PERLU BERPADA-PADA

MINUM KAFEIN PERLU BERPADA-PADA

180
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Jika anda peminat kopi atau nescafe, anda perlu ingat jika terdapat kafien lebih dalam badan akan memberikan masalah kepada kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa itu kafien? Kafien adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran.

Ia adalah bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.

Apa agaknya kesan jika kafien berlebihan dalam badan? Menurut Mayo Clinic, seseorang individu itu boleh mengambil kafein setinggi 400 miligram sehari.

Jika seseorang itu mengambil jumlahnya melebihi saranan tersebut, kebarangkalian untuk seseorang itu mendapat masalah kafein berlebihan meningkat.

Namun, umur dan keadaan kesihatan seseorang itu perlu diambil kira sebelum menetapkan jumlah yang boleh diambil oleh mereka. 

Sebagai contoh, kajian menunjukkan remaja tidak boleh mengambil minuman berkafein pada kadar melebihi 100 miligram sehari. Perempuan mengandung perlu mengehadkan pengambilannya kepada 200 miligram sehari.

Pengambilan bahan berkafein mudah menyebabkan kesan sampingan terhadap individu.

Namun, jika dilihat pada konteks pengambilan bahan berkafein secara berlebihan yang boleh mengancam nyawa, ia merupakan satu fenomena yang jarang dialami, apatah lagi untuk situasi yang boleh menyebabkan kematian. 

Secara amnya, kesan kafein boleh memberikan impak negatif kepada tubuh badan apabila tahap kepekatannya melebihi 15 miligram dalam 1 liter darah.

Ini adalah permulaan kepada kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang mengambil bahan berkafein pada jumlah yang banyak. 

Dengan itu, anda tidak boleh ambil mudah berkaitan pengambilan kafien yang berlebihan.

Ini antara simptom awal bagi mereka yang mengambil bahan tersebut secara berlebihan:

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Insomnia (masalah sukar untuk tidur)
  • Cirit-birit
  • Kehausan
  • Iritabiliti (mudah marah, rasa rimas)

Jika diambil mudah, tanda terlebih kafein dalam badan tersebut boleh menjadi semakin teruk mengakibatkan gejala yang memerlukan rawatan perubatan. Antaranya adalah:

  • Susah untuk bernafas
  • Halusinasi
  • Kekeliruan mental
  • Tanda terlebih kafein dalam badan, amda akan alami sakit dada
  • Pergerakan otot tidak terkawal
  • Degupan jantung laju atau tidak sekata
  • Konvulsi (sawan)
  • Aritmia (terutamanya pemfibrilan ventrikel)

Oleh itu, jika anda mengalami antara tanda atau simptom yang disenaraikan di atas sila dapatkan khidmat nasihat atau rawatan di klinik atau hospital berdekatan anda.

Setiap tubuh manusia bertindak secara berbeza. Dengan itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here